BLACK SOLDIER FLY (Hermetia illucens) merupakan sejenis serangga daripada keluarga Stratiomyidae bersaiz kecil berwarna hitam yang menjadi perosak merbahaya kepada indstri ternakan lebah dan kelulut di negara kita. Serangga yang juga dipanggil sebagai 'Lalat soldadu hitam' ialah sejenis lalat yang biasa dimana larvanya akan hidup dengan menghuraikan kompos. Sehubungan dengan itu dilaporkan bahawa larva serangga ini banyak digunakan dalam proses menyediakan dan aktiviti pengurusan baja organik. Larva dan pupae serangga ini yang terhasil dari penguraian baja organik ini digunakan sebagai makanan ikan hiasan atau makanan ternakan lain. Telor lalat BSF ini akan mengambil masa hanya 4 hari untuk menetas dan biasanya terdapat pada celah kayu atau berhampiran dengan bahan yang sedang mereput. Kerosakkan oleh serangga ini biasanya akan berlaku terhadap industri lebah dan kelulut apabila serangga dewasa bertelur dalam koloni lebah atau kelulut dimana telur yang menetas menjadi larva mengambil madu, roti lebah dan keseluruhan broodcell dalam proses pembesarannya. Akibatnya adalah dimana keseluruhan koloni akan terhapus dalam beberapa hari sahaja selepas dijangkiti oleh larva ini. Bagaimana pun penulis melihat selalunya tidak ada kerosakkan akan berlaku pada struktur propolis kerana kandungan lilin yang tinggi. Kes serangan serangga ini kurang dilaporkan oleh penternak pada waktu dahulu dahulu tetapi kini sudah kerap kedengaran apabila peserta projek kelulut mula terganggu. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis serangga perosak dinamakan Black Soldier Fly (BSF) atau mudahnya dipanggil Lalat Soldadu Hitam dan beberapa kaedah atau cara kawalan jika berlaku serangan sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda.
Serangan oleh Lalat BSF ini telah mula dilaporkan berlaku dengan kadar agak serius di Kedah, Pulau Pinang dan beberapa negeri di Utara Semenanjung Malaysia semenjak Mei 2016. Di Pahang pula ia dilaporkan menyerang projek kelulut di Daerah Temerloh dan Bentong semenjak awal Jun 2016 terhadap penternak tajaan Jabatan Pertanian. BSF dewasa akan bertelur pada sarang kelulut dimana larvanya akan memakan sarang tersebut sehingga hancur (Sila lihat foto disebelah). Larva yang berwarna keputihan ini bergerak cergas sehingga semua koloni kelulut atau lebah madu akan lari dan meninggalkan koloninya. Serangan ini menyebabkan kerugian besar kepada penternak kelulut yang baru sahaja memulakan projek dengan kos pembelian koloni kelulut yang mahal. Penternak kelulut sedia ada dan telah lama yang mempunyai banyak koloni perlu sentiasa memeriksa setiap hari ketika ini kerana dilaporkan serangan berpotensi memusnahkan semua koloni dikawasan ternakan kelulut atau lebah madu dalam masa singkat apabila dijangkiti. Lalat BSF ini mesti dikawal dengan segera bagi mengelakkan kerugian lebih besar. Serangan lalat BSF boleh memusnahkan koloni yang ada dalam satu ladang dalam masa sebulan jika tidak diambil langkah segera atau populasi BSF dewasa yang tinggi di ladang ternakan.
Kaedah Kawalan segera yang telah pun dilakukan oleh penternak seperti yang penulis pernah lihat dengan adalah dengan mengambil sarang atau log kayu yang diserang BSF dan terus membakarnya (Sila lihat foto disebelah). Semua log kayu yang telah diserang perlu diperiksa dengan teliti jika lalat BSF telah bertelur didalamya. Larva yang banyak ini jika jatuh ketanah pun boleh hidup dengan makan bahan kompos yang sesuai. Sebaiknya keseluruhan kawasan perlu dibasmi. Ini selaras dengan konsep asas kawalan terbaik iaitu dengan menghalang pembiakan lalat ini dikawasan ternakan kelulut. Kajian awal menunjukkan lalat ini banyak membiak dilonggokan kompos atau dikawasan ternakan ayam atau haiwan lain. Amalan kebersihan kebun hendaklah dijaga sebaik mungkin semasa pemindahan koloni ke dalam log atau kotak. Pastikan kotak haif lebah atau kelulut serta kotak topping tidak terdedah begitu lama untuk mengelakkan lalat BSF ini bertelur didalam koloni. Sebaiknya madu dan roti lebah daripada log tidak perlu dipindahkan ke dalam haif atau topping kerana dikhuatiri sumber pollen boleh tercemar dengan telor serangga ini.
Mengenal kepada simptom awal serangan lalat BSF ini penulis lihat dimana kelihatan kantung madu pecah seakan diganggu (Sila lihat foto disebelah). Selain itu akan dilihat dimana kantung 'bee bread' akan dipenuhi dengan larva atau ulat BSF yang bergerak berwarna putih. Bahagian propolis pula seakan berbentuk seperti berdebu seperti terkena serangan kulat (fungi) tetapi sebenarnya tanda awal kehadiran larvae BSF dalam sarang kelulut. Pemeriksaan perlu dilakukan dengan kerap terhadap semua koloni kelulut sekerap mungkin oleh penternak. Daripada pemerhatian dilaporkan bahawa serangan BSF berpunca daripada musim hujan yang menyebabkan koloni lebah atau koloni kelulut berada didalam keadaan lembab. Keadaan kemarau panjang dari Januari sehingga Mei 2016 (Sejarah kemarau terpanjang direkodkan di Semenannjung Malaysia dalam 10 tahun) selama 4.5 bulan juga memberi kesan jumlah lalat BSF ini juga membiak dengan banyak. Pemerhatian lanjut juga mendapat jika propolis yang terdedah kepada air akan menarik lalat BSF bertelur.
Terdapat banyak kaedah kawalan yang telah dan sesuai dilakukan oleh penternak kelulut. Ada penternak yang memasang jaring hijau dipintu masuk kelulut pada log dimana lalat BSF tidak boleh melepasinya (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaimana pun cara ini perlukan kemahiran khusus bagi penternak untuk membuatnya sendiri. Antaranya kaedah lain adalah dengan mengalihkan log kayu kelulut dari kawasan yang sebelum ini lembab kepada kawasan yang lebih kering dan sesuai. Bagi log kayu yang terletak di lokasi ladang dimana ia sering kena hujan dan juga dikawasan redup lembab tanpa cahaya perlu diberikan perhatian serius. Oleh kerana lalat BSF biasanya akan bertelur pada propolis yang terdedah kepada air dna perlu dipastikan koloni kelulut sentiasa kering dan tidak terkena renjisan air hujan. Pasangkan bumbung atau atap agar log kayu tidak terkena air hujan adalah salah satu pilihan. Buat "Perangkap Maut BSF" daripada bahan sisa makanan yang terbuang dimana ianya berfungsi untuk dijadikan "perumah" kepada BSF dimana BSF memang suka dan akan bertelur di dalam sisa makanan yang diperap. Apa pun apabila BSF sudah berada ia boleh disembur dengan racun kimia atau semburan aerosol. Paling tidak berikan sahaja nasi dan larva BSF kepada ayam untuk dijadikan makanan ayam.
Kaedah lain mengawal Lalat BSF adalah dengan membuat "Perangkap Maut BSF". Caranya dengan mengumpulkan sisa makanan lebihan makanan dan kemudian ia perlu dicampurkan dan diletak di dalam tong sampah atau pu dalam kolam simen atau besen. Ia juga perlu dicampurkan dengan sedikit molases , effective microb, dedak ayam atau bertih jagung (jika ada). Kemudian campuran ini ditutup dengan rapat selama seminggu. Selepas berbau kemudian buka penutup tersebut bagi BSF bertelur di perumah yang baru disediakan. Kajian menunjukkan bahawa seekor lalat BSF boleh bertelur purata 200-300 sehari. Biarkan ini berlaku selama berberapa hari untuk BSF bertelur dengan banyak dan selepas itu bakar sisa makanan yang dibuat atau beri sahaja makan ayam. Tempoh telur menetas biasanya ambil masa 4-5 hari dimana didalam keadaan fasa larva selama 15-20 hari dan menjadi pre-pupa selepas 20 hari menetas. Diharap semua penternak lebah dan kelulut mandapat info berguna membaca artikel dalam Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!...
LALAT BSF... HITAM WARNANYA....
DEWASA BERTELUR...JADI LARVA...
PROPOLIS PECAH...KANTUNG SAMA...
ADA SIMPTOM...DIKAWAL SEGERA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Kelulut Komersil,
Tanah Putih, Pekan,
Pahang, Malaysia.
(27 Ramadan 1437H)