POKOK KAYU JATI (PART 2)

POKOK KAYU JATI (Tectona grandis) merupakan sejenis pokok sangat berkualiti untuk digunakan membuat rumah, perabut dan produk lain berasaskan kayu keras. Pokok dari keluarga Lamiaceae (nama macam model telefon bimbit penulis iaitu Model Nokia Lumia 960 yang berasaskan kepada Windows 7). Pokok jati adalah sejenis pokok yang mampu menghasilkan kayu bermutu tinggi. Pokok yang akan membesar selalu berbatang lurus dan dapat tumbuh hingga mencapai setinggi 30-40 meter. Penulis semasa melawat Muyanmar, Laos PDR dan Vietnam berpeluang melihat pokok kayu jati yang ditanam ditengah-tengah bandar dengan saiz besar dan menjadi tanaman ornamental. Paling ketara di Bandar Saigon (Ho Chi Minh City) dan Bandar Vientiane, Laos yang mana ditanam disepanjang jalan dan disekeliling hotel penginapan penulis. Pokok kayu jati mudah dikenali dengan ia mempunyai daun besar dimana ia akan luruh di musim kemarau. Kayu Jati dikenal dunia dengan nama Teak Wood (bahasa Inggris) atau Kayu Jati (Bahasa Melayu). Nama pokok ini berasal dari bahasa Malayalam iaitu 'Katathekku' dalam bahasa Malayalam yang terletak diKerala di India Selatan. Pokok Jati sesuai tumbuh dikawasan dengan curahan hujan antara 1,500 - 2,000 mm/tahun dan suhu diantara 27-36 °C sama ada di dataran tanah rendah mahu pun didataran tanah tinggi. Tempat yang paling baik untuk pertumbuhan pokok jati adalah pada tanah dengan pH 4.5-7.0 dan tidak mudah banjir. Uniknya pokok ini adala ia memiliki daun berbentuk elips yang lebar dan dapat mencapai ukuran sebesar 30-60 cm semasa pokok telah mencapai peringkat dewasa. Artikel tengahari hari Selasa sempena cuti Hari Raya Aidilfitri ke 7 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok dan kayu jati berdasarkan bahan rujukan dan pengalaman penulis dalam lawatan kenegara Myanmar, Laos, Vietnam, Chiang Rai di Thailand dan China.


Pokok Kayu Jati merupakan jenis pokok yang besar dan tinggi (Sila lihat foto di sebelah) dengan batang yang bulat lurus dan tinggi mencecah sehingga 40 meter. Batangnya bagi pokok dewasa kurang dahan atau cabang (clear bole) dan dapat mencapai 18-20 meter. Dihutan-hutan semulajadiyang tidak dikelola sepokok kayu jati ada juga yang mempunyai batang berbengkok. Sementara berlaku kayu jati yang juga memiliki batang yang berlekuk atau beralur dalam (Kosong ditengahnya) dipanggil sebagai jati macam batang buloh ada didapati seakan berbuku-buku. Kulit batang berwarna coklat kuning kelabu dan berpecah-pecah dangkal dalam alur memanjang batang. Pohon jati (Tectona grandis sp.) selalunya akan sesuai tumbuh membesar jadi pokok balak dalam masa selama ratusan tahun dengan ketinggian 40-45 meter dan diameter 1.8 - 2.4 meter. Bagaimana pun selalunya pokok akan mencapai ketinggian sekitar hanya ketinggian 9 -11 meter dengan diameter 0,9-1,5 meter sebelum ianya dikatakan sesuai ditebang dalam perladangan secara komersil. Pohon jati yang dianggap baik adalah pokok yang bergaris lingkaran besar, berbatang lurus dengan sedikit dahannya. Kayu jati terbaik biasanya berasal daripada pokok yang berumur lebih daripada 80 tahun. Pada masa ini kayunya sudah padat, keras dan juga harga yang tinggi dipasaran. Kalau sesiapa berumur 30 tahun baru hendak menanam pokok jati berkemungkinan beliau tidak sempat menuai pokok tersebut 80 tahun kemudian.


Pokok jati mudah dikenali kerana ia mempunyai daun yang bersaiz  besar.  Berbentuk bulat telur terbalik serta ia selalu berhadapan dengan tangkai daun yang sangat pendek (Sila lihat foto disebelah). Daun pada pokok muda juga akan kelihatan bersaiz besar iaitu sekitar 60-70 cm panjang dan 80-100 cm lebar. Pokok jati dewasa pula mempunyai saiz daun tua yang menyusut saiznya menjadi sekitar 15-20 cm panjang sahaja. Daunnya selalu berbulu halus dan mempunyai rambut kelenjar di permukaan bawahnya. Daun yang muda berwarna kemerahan dan ia kan mengeluarkan getah berwarna merah darah apabila diramas dengan tangan. Ranting yang muda batangnya berbentuk empat segi dan berbonggol di buku-bukunya. Pokok jati akan mengeluarkan bunga dari jenis bunga majmuk dan terletak dalam jambak besar berukuran sekitar 40 cm × 40 cm atau lebih besar lagi. Setiap jambak bunga mempunyai beratus kuntum bunga tersusun. Biasanya bunga akan keluar dari hujung ranting yang terletak jauh diatas puncak pokok. Pokok Jati menghasilkan buah yang berbentuk bulat agak leper berukuran sekitar 0.5 - 2.5 cm dan mempunyai rambut kasar dengan inti tebal dengan ada berbiji 2-4 jumlahnya tetapi selalunya hanya satu saja yang tumbuh. 


Kajian menunjukkan pokok jati paling banyak terdapat di Asia. Selain daripada empat negara asal pokok jati dinyaatakan kini pokok ini ada diIndonesia. Tanaman jati telah dikembangkan sebagai hutan tanaman di Sri Langka (sejak 1680), China (awal abad ke-19), Bangladesh (tahun 1871), Vietnam (awal abad ke-20) dan negara kita iaitu Malaysia pada tahun 1909. Penanaman pokok jati mula dikenali orang ramai apabila Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menanam beribu-ribu pokok jati disepanjang jalan lebuhraya terpanjang ini. Asasnya iklim yang sesuai adalah yang negara yang memiliki musim kering yang nyata namun tidak terlalu panjang dengan curah hujan antara 1,200-3,000 mm setahun dan dengan intensiti cahaya yang cukup tinggi sepanjang tahun. Ketinggian tanah untuk pertumbuhan yang optima adalah diantara 0-700 m dari paras laut walau pun sebenarnya pokok jati boleh tumbuh hingga pada tahap ketinggian 1,300 m atas paras laut. Dibeberapa negara dilaporkan pokok jati yang sering terbakar akibat kemarau masih bertahan sehinggakan ada kalanya hanya kelihatan pokok tersebut yang 'survive'. Ini kerana pokok jati termasuk spesies hebat yang tahan kebakaran disebabkan ia juga mempunyai kulit kayunya tebal. Lagi pun dilaporkan buah jati mempunyai kulit tebal dan tempurung yang keras dimana jika terbakar hutan pun embyro biji jati tidak rosak. Kerosakan tempurung biji jati pula akan memudahkan tunas biji jati untuk keluar pada musim hujan tiba. Dalam kes lain daun jati yang lebar dan gugur menyebabkan pokok lain tumbuh dengan baik. Daun-daun kering jati ini juga yang mungkin memudahkan berlaku kebakaran hutan imusim kemarau. ini membolehkan pokok jati akan dominan dalam satu kawasan hutan semulajadi. Artikel ini bersambung pada Part 1 dan Part 3 untuk dibaca. Wasallam!!!...
POKOK JATI... POPULAR NAMANYA...
NEGARA MYANMAR...ASASL USULNYA...
DILEBUHRAYA PLUS...BANYAKNYA...
PERABUT JATI... MAHAL HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(7 Syawal 1437H)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »