POKOK KAYU JATI (PART 1)

POKOK KAYU JATI (Tectona grandis) merupakan sejenis pokok sangat berkualiti untuk digunakan membuat rumah, perabut dan produk lain berasaskan kayu keras. Pokok dari keluarga Lamiaceae (nama macam model telefon bimbit penulis iaitu Model Nokia Lumia 960 yang berasaskan kepada Windows 7). Pokok jati adalah sejenis pokok yang mampu menghasilkan kayu bermutu tinggi. Pokok yang akan membesar selalu berbatang lurus dan dapat tumbuh hingga mencapai setinggi 30-40 meter. Penulis semasa melawat Muyanmar, Laos PDR dan Vietnam berpeluang melihat pokok kayu jati yang ditanam ditengah-tengah bandar dengan saiz besar dan menjadi tanaman ornamental. Paling ketara di Bandar Saigon (Ho Chi Minh City) dan Bandar Vientiane, Laos yang mana ditanam disepanjang jalan dan disekeliling hotel penginapan penulis. Pokok kayu jati mudah dikenali dengan ia mempunyai daun besar dimana ia akan luruh di musim kemarau. Kayu Jati dikenal dunia dengan nama Teak Wood (bahasa Inggris) atau Kayu Jati (Bahasa Melayu). Nama pokok ini berasal dari bahasa Malayalam iaitu 'Katathekku' dalam bahasa Malayalam yang terletak diKerala di India Selatan.  Pokok Jati sesuai tumbuh dikawasan dengan curahan hujan antara 1,500 - 2,000 mm/tahun dan suhu diantara 27-36 °C sama ada di dataran tanah rendah mahu pun didataran tanah tinggi. Tempat yang paling baik untuk pertumbuhan pokok jati adalah pada tanah dengan pH 4.5-7.0 dan tidak mudah banjir. Uniknya pokok ini adala ia memiliki daun berbentuk elips yang lebar dan dapat mencapai ukuran sebesar 30-60 cm semasa pokok telah mencapai peringkat dewasa. Artikel tengahari hari Selasa sempena cuti Hari Raya Aidilfitri ke 7 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok dan kayu jati berdasarkan bahan rujukan dan pengalaman penulis dalam lawatan kenegara Myanmar, Laos, Vietnam, Chiang Rai di Thailand dan China.

Pokok Jati sifatnya mempunyai pertumbuhan yang lambat dengan kadar tumbuh benih (germination process) rendah dimana ia biasanya kurang dari 50% sahaja.  Masaalah utama penanaman pokok jati adalah untuk mendapatkan benih yang berkualiti kerana untuk mendapatkan benih secara semulajadi memang amat sukar. Dalam keadaan hutan semulajadi memang bekalan terus berkurangan akibat jangkamasa amat lama untuk pokok tersebut ditebang. Kini usaha menanam secara komersil dilakukan dibeberapa negara terlibat dengan kombinasi dengan beberapa tanaman komersil lain. Semasa di Chiang Mai, utara Thailand penulis melawat hutan pokok kayu jati yang ditanam bersama dengan pokok Kacang Macademia (Macademia intergrifolia) sebagai tanaman selingan (Sila klik disini). Ada juga petani kaum Karen di Doi Chaang yang menanam kopi Robusta dan Kopi Arabica secara organik dengan pokok Jati. Dari segi bahan tanaman secara konvensional ia boleh disediakan dengan menggunakan biji. Bagaimana pun untuk mendapatkan biji benih dari pokok jati agak berkurangan dalam musim tertentu kerana tidak mencukupi untuk disemai. Biji pokok jati menjadi terhad disebabkan adanya lapisan luar biji yang keras. Beberapa alternatif lain telah dilakukan untuk mengatasi lapisan ini seperti merendam biji dalam air atau juga panaskan biji dengan api kecil atau pasir panas atau merendam dalam asid atau gunakan mikrob. Bagaimana pun kejayaan tersebut masih belum optima lagi untuk anak benih pokok jati dalam masa yang cepat dan jumlah yang banyak.

Selain itu masaalah menyediakan anak benih pokok jati juga agak sukar. Ini kerana selalunya anakbenih jati yang sedang disemai mudah diserang (rentan) terhadap beberapa penyakit antara lain seperti Penyakit Leaf Spot Disease yang mana serangan ini disebabkan oleh Kulat seperti jenis Phomopsis sp., Colletotrichum gloeosporioides, Alternaria sp. dan Curvularia sp.. Penyakit lain menyerang adalah Penyakit Karat Daun (Leaf Rust) yang disebabkan oleh kulat Olivea tectonea. Seterusnya adalah serangan pleh Penyakit Kulapuk Berdebu atau Powdery mildew yang disebabkan oleh kulat dari jenis Uncinula tectonae. Dalam pada itu direkodkan iaitu kulay jenis Phomopsis sp. merupakan kulat paling sering menyebabkan serangan dimana kadang-kadang sehingga sebanyak 95% anakbenih terkena infeksi seperti dilaporkan pada tahun 1993-1994 menyebabkan industri ini lumpuh dibeberapa negara. Serangan kulat ini terjadi pada anak benih jati dalam semaian yang berumur 2-8 bulan. Antara tanda serangan adalah adanya tanda necrosis berwarna coklat muda pada tepi lai daun yang kemudian secara berperingkat terus menyebar ke pelepah. Seterusnya kesan serangan menyebar ke bahagian atas daun, petiol dan juga hujung batang yang mengakibatkan bahagian daun dari batang tersebut mengalami kekeringan. Jika tidak disedari dan tidak dikawal makaserangan dari kulat Phomopsis sp. akan menyebar sampai ke seluruh simpanan anakbenih dalam tapak semaian sehingga proses penanaman jati tidak boleh dilakukan. Proses penanaman dan penjagaan pokok kayu jati sama dengan amalan agronomi pokok hutan lain dimana ia perlu dibaja, kawal rumpai dan kawalan musuh dan penyakit tetapi masa untuk menuai adalah lama. Artikel ini bersambung pada Part 2 dan Part 3. Wasallam!!..
POKOK JATI... POPULAR NAMANYA...
NEGARA MYANMAR...ASASL USULNYA...
DILEBUHRAYA PLUS...BANYAKNYA...
PERABUT JATI... MAHAL HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(7 Syawal 1437H)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »