NATIONAL SEED SYMPOSIUM 2016 diadakan di Hotel Sama-sama, KLIA Sepang, Selangor dari 23-24 Ogos 2016. Simposiumyang diadakan dua tahun sekali ini merupakan agenda dwi-tahunan National Seed Association of Malaysia (NSAM) yang dianggotai oleh mereka yang terlibat dalam industri benih negara seperti para penyelidik, pegawai pengembangan, syarikat swasta, individu, pembiakbaka, ahli akademik dan sebagainya. Lebih 120 orang peserta hadir dalam simposium ini yang terdiri daripada ahli-ahli NSAM dan bukan ahli NSAM. Sebanyak 18 kertas maklumat oral dibentangkan dan 25 buah pameran poster juga dipamerkan. Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Y Bhg Dato Ahmad Zakaria Sidek, Ketua Pengarah Pertanian Malaysia yang memberikan sokongan penoh pada NSAM dalam usahanya memainkan fungsi sebagai salah satu sektor penting dalam negara ini iaitu benih tanaman (seeds). Beliau juga ada memberitahu peranan Jabatan Pertanian dalam usaha untuk menentusahkan kualiti benih negara telah berkembang dengan sebanyak 36,000 benih tanaman disahkan pada 2010 selepas dilancarkan progran Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) kepada sebanyak lebih 3.8 juta benih pada tahun 2015. Ia melibatkan 56 buah nurseri yang mendaftar untuk skim ini dengan Jabatan Pertanian. Industri benih negara telah berkembang dengan baik selepas perlaksanaan dibawah program EPP14 dilaksanakan. Sebelum itu dalam ucapan aluan, Presiden NSAM Assc. Prof. Dr Uma Sinniah menyatakan mesyuarat dwi-tahunan ini merupakan salah satu aktiviti NSAM yang menghimpunkan ramai aktivis industri benih untuk membincangkan isu, teknologi, polisi dan semua yang berkait dengan industri ini. Beliau mengucapkan terimakasih kepada KPP, Pembentang Kertas, Pempamer Poster, ketua-ketua Jabatan/Agensi serta semua peserta yang hadir. Artikel malam ini say amenulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai simposium NSAM yang berjaya.
Benih (seed) adalah asas kepada pertanian dimana ia menentukan hasil yang ladang yang akan dikeluarkan kemudaian. Ia juga akan menentukan kecukupan makanan, kestabilan makanan dan juga keselamatan manan sesebuah negara. NSAM selama 40 tahun penubuhannya telah membantu banyak sektor sama ada kerajaan dalam membentuk polisi dan dasar tetapi juga sektor swasta dalam industri benih negara. Simposium yang dianjurkan oleh NSAM ke 9 ini merupakan satu wadah untuk pemain industri benih negara untuk berbincang dan bersemuka semua pihak yang terlibat. NSAM kali pertama mengadakan simposium pada tahun 1994 di UPM Serdang dan terus aktif sehingga kini. Keahlian NSAM terdiri daripada Ahli Biasa, Ahli Institusi, Ahli Koporat dan juga Ahli Kehormat. Bayaran yuran dikutip daripada ahli daripada serendah RM100 sehingga RM1,000 bergantung kepada jenis keahlian. NSAM ini ditubuhkan secara rasmi dan berdaftar dengan ROS (Registrar of Society) pada 25 Febuary 2008 dengan nombor pendaftaran No 0365-08 SEL. NSAM dianggotai oleh 11 orang AJK yang dipilih setiap dua tahun sekali.
Simposium kali ini di bahagikan kepada 4 sektor iaitu Polisi dan Industri Benih, Pengeluaran benih dan pemasaran, Teknolohi dan Sokongan industri benih di Malaysia dan ke 4 adalah Kawalan Kualiti dan Bioteknologi Benih. Penulis sebagai ahli yang hadir mendapati simposium ini amat memberi info terkini mengenai industri benih negara (Sila lihat foto disebelah). Kertas 1 telah pun dibentangkan oleh Dr Mohamed Selamat bertajuk 'The Multifacet of seed technologyTraining: How bright is future'. Kertas 2 oleh syarikat GWG yang bertajuk 'Anchor Company Perpesctive and Role in Enhancing the Malaysian Seed Industry' oleh Mr Lim Kiang Ping. Syarikat GWG merupakan satu syarikat 'anchor company' dibawah prkgran NKEA iaitu EPP 14. Syarikat ini ada beberapa pusat pengeluaran benih seperti di Batu Arang, Selangor, Cameroon Highland, Pahang dan di Bukit Tangga, Kedah. Kertas 3 dibentang oleh Ditri Shapura daripada SIRIM yang bertajuk 'SIRIM's role in ensuring quality seeds and planting material'. Pembentang menjelaskan beberapa Malaysian Standard yang telah dan sedang dibangunkan oleh SIRIM dalam mengawal industri benih negara. Menurut SIRIM kini terdapat lebih daripada 10 standard yang digunapakai oleh banyak pihak termasuk pemain industri berkaitan dengan kualiti benih.
Kertas ke 4 bertajuk 'Hibiscus Rosa-chinensis - Can it produce seeds in Malaysia' yang dibentangkan oleh En Anuar Shaari' yang juga mahu menubuhkan Malaysian Hibiscus Society. Kertas ini telah membentangkan potensi untuk usaha menghasilkan biji benih bunga raya dengan teknik tertentu. Kerta 5 dibentangkan oleh Mr Joep Van Balen bertajuk 'Private investment in vegetable seed production in Malaysia' (Sila lihat foto disebelah). Syarikat dari Netherlands ini baru beroperasi di Malaysia dibawah syarikat induk Enza Zaden untuk menjadi regional operators dalam industri benih dirantau ini. Paper ke 6 dibentangkan oleh Pn Siti Saudan dari Jabatan Pertanian yang bertajuk 'Seed certification scheme (SPBT). Authentically and quality breeds'. Kertas ini membentangkan beberapa kemajuan dalam pengesahan benih tanaman di Malaysia. Kertas ke 8 dan seterusnya dibentangkan pada hari kedua dengan tajuk 'Production of quality planting material in herbs - Indian experience' oleh Dr Arrunanda. Kertas ke 9 dan seterusnya penulis tidak dapat paparkan kerana tidak sempat mendengarnya kerana keluar untuk tugasan lain. Simposium ini berjaya mengumpulkan ramai pemain industri benih negara agar industri ini akan terus maju dimasa akan datang. Wasallam!!!.

Sebahagian peserta mendengar pembentangan kertas maklumat. |
Ketua Pengerah Pertanian merasmikan simposium NASM ke 9. |
SIMPOSIUM NSAM...DIHOTEL SAMA-SAMA...
MESYUARAT AGONG... AJK DIPILIH SEMULA...
INDUSTRI BENIH ... DIBINCANG SEMUANYA...
BENIH BERKUALITI..BANGUNKAN NEGARA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Convension Hall 1,
Sama-sama Hotel,
KLIA Sepang, Selangor,
Malaysia.
(23 Ogos 2016)