LIPAS (Cockroach) merupakan sejenis serangga dalam order Blattaria atau Blattodea yang sering dijumpai dimana-mana lokasi terutama didalam rumah lita. Terdapat beberapa tips untuk mengawal populasi lipas dalam artikel ini untuk dikongsi bersama pembaca semua. Lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki dimana ia amat menjijikan dan menakutkan ramai orang. Daripada beberapa laporan, terdapat kira-kira 4,500 spesis lipas diseluruh dunia dimana sekitar 30 spesis selalunya dikaitkan dengan tempat tinggal manusia. Ini kerana lpas akan menjadikan rumah kediaman manusia sebagai habitat sebagai tempat tinggal. Dari jumlah tersebut sekitar empat (4) spesis lipas memang terkenal sebagai serangga perosak. Lipas adalah sejenis serangga kuno yang melalui proses adaptasi sehingga hari ini walau pun telah wujud semenjak 320 juta tahun dahulu. Lipas merupakan serangga yang sangat lasak dalam semua jenis keadaan daripada tahap sejuk di Artik sehingga suhu yang panas dikawasan tropika. Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar dan bahan organik lain yang boleh dikunyah dan dihadamkan. Sebenarnya keujudan lipas menyebabkan ia menyumbang kepada industri pengawalan serangga perosak yang bernilai jutaan ringgit dengan banyaknya syarikat swasta beroperasi tetapi masih gagal menghapuskan lipas sepenuhnya. Dimana-mana termasuk pasaraya, pasar malam, kedai runcit akan anda lihat dimana ada dijual pelbagai jenis perangkap lipas bagi tujuan untuk menghapuskan lipas tetapi masih gagal. Perangkap jenis bergam dengan umpan hormon atau makanan merupakan yang paling biasa dibeli dan digunakan. Artikel ke 4,056 malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa info mengenai lipas dan tips bagaimana untuk mengawal populasi lipas untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
(5) Buah Pelaga
Lipas mampu hidup diseluruh dunia dengan tumpuan utama populasi dikawasan sub-tropika dan tropika. Hebatnya lipas adalah ketahanan dikawasan suhu sejuk dimana dilaporkan pada suhu -122 Celcius pun ia masih hidup dengan mengeluarkan lapisan penebat dari bahan Glycerol. Ia mempunyai pelbagai julat habitat untuk hidup daripada diloteng rumah, dalam tanah, dalam batang kayu, runtuhan bangunan, longgokan sampah dan sebagainya. Ia juga terdapat dikawasan yang amat kurang dengan air atau dikawasan lembab berdekatan dengan air banyak. Terdapat juga spesis lipas mempunyai sistem menyimpan gelembong udara untuk ia menyelam dalam air buat beberapa lama yang mempunyai sifat 'aquatic cockroaches'. Lipas merupakan serangga sosial yang hidup secara berkumpulan dilokasi tertentu yang ujud banyak makanan. Ia mengeluarkan feromon yang akan membezakan antara satu kumpulan lipas dengan kumpulan yang lain. Lipas adalah serangga Nocturnal iaitu apabila terdedah kepada cahaya terang ianya akan larikan diri. Kebanyak jenis lipas aktif dalam gelap terutama di waktu malam untuk keluar bergerak dan mencari makanan.
Badan Lipas boleh dibahagikan kepada 3 bahagian seperti serangga lain iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen. Bahagian abdomen lipas mempunyai 10 segmen. Bahagian paling luar badan lipas adalah exoskeleton agak keras yang mengandungi Kalsium carbonate yang melindungi organ dalaman lipas. Ia disambung dengan otot-otot yang akan membolehkan pergerakan lipas. Istimewanya lipas adalah dibadan lipas adalah ada lapisan lilin (coated with wax) yang menyebabkan ia kalis air dan terapong dipermukaan air apabila jatuh diatasnya. Air juga tidak melekat pada mana-mana badan dan organ lipas. Sepasang sayap lipas dari bahagian tengah thorax membolehkan ia berkembang dan terbang bagi beberapa spesis tertentu. Bagaimana pun ada jenis lipas yang tidak mempunyai kepak untuk terbang seperti jenis lipas tanah. Dari 3 pasang kaki yang mempunyai coxae besar dan 5 kuku dikakinya. Kaki dibahagian hadapan adalah pendek daripada kaki dibahagian badan lipas. Pada abdomen terdapat 10 segmen yang mana setiap segmen mempunyai spiracles untuk pernafasan. Untuk tujuan pembiakan lipas jantan mempunyai organ dipanggil 'Aedagus' dan lipas bentina mempunyai organ spermatheca untuk mengeluaran sperma.
Keujudan lipas dalam rumah memang amat mengerunkan dan menakutkan ramai orang. Ada yang akan menjerit ketakutan melihat lipas lalu dikakinya dan ada puna yang tiada masaalah apabila nampak lipas. Apabila kita mengalih almari, buku lama atau susunan baju dalam almari sering ada terjumpa lipas. Lazimnya ramai akan meletakkan 'Ubat Gegat' yang mengurangkan serangan dan populasi lipas dlam almari baju. Ubat gegat ini adalah signifikan dalam menjauhi lipas. Pada penulis apa yang paling tidak menyeronokkan dalam hidup adalah apabila terkena 'Kencing Lipas' pada bahagian bibir ketika tidur malam. Bahan kimia yang kena pada mulut menyebabkan bibir bengkak, pecah, pedih dan menjadikan malu untuk jumpa orang lain. Ia memerlukan rawatan segera untuk mereka yang kena mengurangkan kompleksiti kesan kencing lipas. Lipas merupakan serangga yang boleh membawa penyakit jangkitan dimana ia sebaiknya dihapuskan atau dikawal populasinya. Syarikat-syarikat swasta memberikan tawaran untuk kawal lipas, anai-anai dan sebagainya dengan kos yang mahal tetapi jika jiran sebelah rumah kotor dan menjadi sarang lipas tidak ada makna kita buat kawalan sendiri. Lebih baik beli 'Racun Serangga Aerosol' seperti Baygon, Shelltox, H2O dan sebagainya dan sembur terus kepada lipas yang berlari. Ia akan membunuh dengan baik dan cekap. Perenggan ini menerangkan kaedah kawalan yang telah diketahui dan selalu dilakukan oleh kita semua. Perenggan berikutnya adalah beberapa tips kawalan lipas yang berkesan dan lebih selamat.
Berikut adalah beberapa tips kawalan lipas yang anda boleh lakukan dan lihat kesannya:
(1) Kentang
Pertama sekali anda boleh mengambil kentang (Solanum tuberosum) yang dijual dikedai dan kemudian merebus ubi kentang sampai masak. Apabila sejuk buangkan kulitnya dan kemudian dilenyekkkan sehingga lumat dengan menggunakan sudu. Ia kemudian perlu dicampur dengan serbuk penaik (Baking Soda) dan seterusnya digaulkan sehingga rata dan sebati. Bentukkan kentang tersebut berbentuk bulat macam guli dan letakkan ditempat ada lipas. Lipas yang ada dikawasan itu akan makan dan akhirnya mati.
(2) Buah Lemon
Buah Lemon (Citrus limon) merupakan sejeni buah limau yang mudah didapati dan dibeli dari kedai di negara kita. Buah lemon dijual dalam bentuk muda berwarna hijau atau kuninh terang untuk yang cukup masak. Buah ini mengandungi asid citrik dan aroma yang kuat dimana ia sering digunakan dalam makanan dan minuman untuk menambahkan keenakannya. Bagaimana pun sebenarnya buah ini sesuai diguna untuk mengawal lipas. Ambil buah lemon dan hiriskan kemudian letak hirisan buah lemon tersbut ditempat selalu ada populasi lipas.
(3) Timun
Timun (Cucumis sativus) merupakan sejenis sayur buah yang banyak ditanam dan dijual dipasar malam dan hypermarket. Timun termasuk dari sayuran jenis buah yang kedua terpopular selepas cili. Buah timun yang masih muda digunakan sebagai ulaman dan dimakan mentah dimana ada juga timunyang dimasak atau dibuat acar atau jeruk. Timun tua pula ditanam untuk dijadikan bahan sayuran sup dikalangan penduduk tempatan atau masakan asam ikan patin tempoyak. Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dankarbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1,vitamin B2 dan vitamin C. Bagi tips mengawal lipas sebaiknya ambil bahagian hujung atas dan bawah potongan timun dan letakkan dilokasi ada lipas. Cara ini akan menyebabkan lipas beredar.
(4) Daun Pandan
Daun Pandan (Pandanus odorus) merupakan tumbuhan yang menghasilkan aroma yang sangat kuat. Pokok pandan mudah hidup dimana sahaja jika dijaga dengan baik mampu bertahan lama. Ia juga mudah dibeli dikedai runcit. Kebanyakan surirumah akan menanam pandan disekeliling rumah dalam pasu atau atas tanah. Selain ia digunakan sebagai bahan masakkan, pandan juga dijadikan bunga rampai, menghilangkan bau bueuk dalam kereta dan sebagainya. Tips ke 4 menghalau populasi lipas adalah dengan meletakkan beberapa helai daun pandan dalam lokasi dimana ada banyak lipas. Lipas akan 'lari' jika ada daun dan bau pandan.
(5) Buah Pelaga
Buah pelaga (Elettaria cardamomum) merupakan sejenis buah yang dihasilkan dari tumbuhan kategori rempah ratus dari keluarga ZINGIBERACEAE yang banyak digunakan dalam masakan masyarakat kita di Malaysia. Terdapat dua jenis buah pelaga yang dikenalpasti iaitu Jenis Pokok Pelaga Sri Lanka dan Jenis Pokok Pelaga Malabar. Varieti Sri Lanka adalah jenis liar yang mempunyai biuah berbentuk bujur (oblong) , daun lebar dan ada jalur dibahagian batang dengan biji berwarna coklat kehitaman. Varieti Malabar atau var. codamomom pula merupakan jenis yang dikomersilkan dengan buah sedikit kecil tetapi mempunyai aroma kuat dari jenis Sri Lanka. Dalam mengawal populasi lipas sebaiknya ambil buah atau biji pelaga dan tabur dilokasi dimana sering ada populasi lipas. Aroma dan bau buah pelaga akan menyebabkan lipas beredar daripada kawasan tersebut.
(6) Sabun Mandi
Sabun mandi (Shower soap) merupakan bahan yang selalu digunakan untuk membersihkan badan kita semasa mandi. Sabun mandi dijual dalam dua bentuk sama ada bentuk pepejal atau bentuk cecair. Kebanyakan sabun mandi dicampur dengan pelbagai pewangi atau aroma untuk menyegarkan dan haruman. Sesetangah sabun madi juga dikategorikan sebagai sabun berubat (medicated soap) uantuk rawatan. Sabun mandi bentuk pejal ini sesuai digunakan untuk menghalau lipas. Caranya dengan ambil sabun mandi dan potong kecil-kecil dan kemudian diletakkan ditempat ada lipas. Lipas yang tidak suka dengan kehadiran sabun ini akan lari ketempat lain..
Semuga artikel subuh ini memberikan info berguna kepadapembaca semua. Wasallam!!!.
NAMA LIPAS... SEJENIS SERANGGA...
MEMBER ANCAMAN...PADA MANUSIA...
MEMBAWA PENYAKIT...MERBAHAYA...
TIPS KAWALAN... SEMUGA BERJAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Kg Padang , Jalan Sg Lembing,
Kuantan, Malaysia.
(2 Zulkaedah 1437H)