MESTA - KAWALAN RUMPAI

POKOK MESTA (Garcinia mangostana) merupakan sejenis varieti manggis didaftarkan dengan Kod Varieti GA2 yang semakin popular masa kini. Ia lebih berkualiti dan harga jualan lebih mahal daripada buah manggis biasa. Tumbuhan dari keluarga Clusiaceae ini hanya popular dibeberapa negari sahaja di Malaysia seperti disekitar Pahang. Buah Mesta juga dipanggil sebagai 'sete' dikalangan orang pantai timur Semenanjung Malaysia dan selalunya mereka yang tidak mengenalinya akan kata ia hanya buah manggis biasa. Tanaman mesta di Malaysia merupakan jenis buah yang diusahakan secara selingan bersama pokok buah-buahan lain sehingga sekitar 5-7 tahun dulu ada beberapa petani yang menanam mesta secara monokrop. Jabatan Pertanian Negeri Pahang juga masih membangunkan Pakej Amalan Teknologi tanaman mesta yang disesuaikan dengan pakej amalan tanaman manggis dan penyesesuaian dari hasil pemerhatian yang dilakukan bersama penanam mesta komersil. Apa yang petning adalah punca benih mesta yang tulin yang hanya boleh didapati daripada pembekal benih yang disahkan oleh Jabatan Pertanian. Perbezaan antara benih mesta dengan benih manggis perlu betul difahami petani yang ingin menanamnya. Amalan ini termasuk kaedah pembajaan, cantasan pembentukkan dan penyelenggaraan, kawalan musih dan penyakit, mengutip hasil dan juga kawalan rumpai. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kawalan rumpai yang sesuai untuk dusun komersil mesta hasil penelitian penulis dibeberapa lokasi.


Dalam dusun buah-buahan lazimnya terdapat banyak jenis rumpai dan semak samun yang akan tumbuh semenjak peringkat awal penanaman. Antara jenis rumput yang tumbuh seperti Rumput Parit (Axonopus compresus), Rumput Kerbau (Paspalum conjugatum), Rumput Setawar (Boreria latifolia), Rumput Duri Bulat (Chenchrus echinatus), Lalang (Imperica cylindrica), Senduduk (Melastoma malabartricum), Rumput Kapal Terbang (Chromolaesa odorata), Rumput Sendayan, Rumput Rusiga, Rumput Tahi Ayam (Ageratum spp), Rumput Melela (Brachiaria mutica), Rumput Keremak (Altehermanthera sessilis) dan sebagainya dimana anda boleh buat rujukkan (Sila klik disini) untuk membaca dengan lebih informatif).Sebenarnya terdapat berpuloh-puloh jenis rumpai yang akan tumbuh dikawasan dusun malahan mungkin sampai beratus spesis. Rumpai ini akan bersaing dengan pokok buah-buahan seperti diladang mesta ini dari segi ruang, baja dan air serta cahaya matahari. Apa yang lebih teruk lagi dimana rumpai akan menjadi perumah kepada serangga perosak dan juga sesetengah penyakit. Dalam mempastikan tanaman mesta monokrop ini memberikan hasil banyak dan berkualiti pengurusan untuk isu rumpai ini perlu dilakukan dengan betul. 


Setelah penulis Anim Agro Technology melawat beberapa kebun penanaman mesta komersil dibeberapa lokasi dan membuat temubual dengan petani, pengurusan rumpai sebenarnya memainkan peranan penting dalam menentukan hasil mesta yang bermutu. Rumput selaon daripada yang tertera di foto sebelah perlu dibuang dengan pelbagai cara termasuk mencabut, menajak, meracun dan sebagainya. Jenis seperti rumput parit atau rumput kerbau yang tumbuh perlu dipotong dengan mesin pemotong rumput pada tahap ketinggian 2-3 inci dari paras tanah (Sila lihat foto disebelah yang saya ambil dikebun mesta). Rumput jenis ini hanya dibenarkan tumbuh diantara ruang barisan tanaman mesta. Rumput jenis ini didapati amat sesuai diselenggara dengan kekerapan memotong rumput diantara 2-4 bulan sekali bergantung kepada keadaan cuaca. Musim hujan banyak rmput mudah meninggi dan kekerapan memotong lebih kerap berbanding dengan musim kering dan kurang hujan. Elakkan sama sekali menggunakan racun rumpai dalam menguruskan rumpai dikawasan dusun mesta. Penggunaan racun rumpai sistemik amat kurang sesuai digunakan dalam kebun mesta yang inginkan kualiti buah baik.


Dalam pada itu amat penting petani membersihkan kawasan pangkal pokok mesta (Sila anda lihat foto disebelah). Jika anda lihat foto ditunjukkan dimana bawah kanopi pokok mesta tidak ada rumput langsung dan hanya ada daun-daun kering mesta sahaja. Ini amat perlu dilakukan dari peringkat awal pengawalan rumpai dengan tidak membenarkan ada rumpai dibawah kanopi. Rumput hanya dibenarkan diluar kanopi pokok mesta. Apabila ada rumpai yang tumbuh dikeliling pangkal pokok mesta ia boleh dibuang secara manual dengan mencabur, menajak dan sebagainya. Keujudan rumput diantara batas tanaman adalah sangat perlu untuk mengekalkan kelembapan tanah terutama ketika musim panas berpanjangan. Ia juga mampu mengurangkan suhu dipermukaan tanah jika ada rumpai yang tumbuh diantara barisan tanaman mesta. Tinjauan oleh penulis dibeberapa kebun mesta yang mana ia diracun secara menyeluruh (blanket spray) mendapati pokok mesta dalam kebun tersebut kurang subur terutama dimusim kering. Ketiadaan sistem pengairan pada kebun tersebut menyebabkan berlakunya keguguran daun dan bunga mesta ketik musim kemarau El-Nino yang lepas. Berbanding dengan kebun lain yang ada rumput diantara barisan yang dijaga baik didapati jumlah tuaian hasil dan kualiti buah mesta yang dikeluarkan amat berbeza.


Walau pun isu pengurusan rumpai dikawasan tanaman mesta ini kurang dibincangkan, penulis kali ini memang dapati ia adalah satu perkara penting dalam kaedah Sistem Amalan Pertanian Baik. Tanaman mesta yang dijaga rumpai dengan baik didapati mampu untuk menghasilkan buah lebih banyak, buah berkualiti dan buah gred A yang lebih tinggi peratusnya. Keadaan bawah kanopi pokok mesta yang bersih memudahkan kerja mengutip buah mesta yang gugur dan mudah dilihat diatas tanah berbanding dengan jika ada rumput yang banyak dibawahnya (Sila lihat foto disebelah). Apa juga dalam mempastikan tanaman ini subur dan mamopu memberikan pendapatan lumayan, pengurusan lain seperti pembajaan, pengawalan serangga perosak dan penyakit, aktiviti cantasan dan sebagainya perlu dijalankan dengan sistematik. Penelitian dan pemerhatian penulis juga dapati agak kurang kes-kes Gamosos pada buah mesta berbanding dengan buah manggis pada musim ini dengan ketara sekali. Daripada berpuloh sampel buah mesta yang diujirasa didapati tidak ada terjumpa kes gamosis. Berbanding dengan buah manggis diladang lain didapati kes gamosis adalah sekitar 10-15 % berlaku musim ini. Ada hipotesis berkemungkinan kes gamosis ini berkait dengan penggunaan racun rumpai jenis sistemik selain daripaka kekurangan unsur nutrien tertentu. Apa pun artikel dalam Anim Agro Technology kali ini cuba paparkan kepentingan kawalan rumpai dalam kebun buah mesta. Wasallam!!!...

TANAM MESTA ... RUMPUT DIJAGA...
KEBUN SEMAK... KUAT MAKAN BAJA...
PERUMAH PEROSAK...DAN SERANGGA..
RUMPAI DIKAWAL..HASIL TINGGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 302, Hotel Empress, 
Bandar Baru Salak Tinggi,
Sepang, Selangor,
Malaysia.
(20 Zulkaedah 1437H)




Artikel Terkait

Previous
Next Post »