KUMBANG JALUR MERAH atau RED PALM WEEVIL (RPW) merupakan serangga perosak yang kini telah digazetkan sebagai perosak merbahaya dibawah Akta Kuarantin 1976. Serangga ini dikenalpasti oleh Jabatan Pertanian sebagai ancaman kepada industri tanaman kelapa dan kelapa sawit . Kini serangan terhadap kelapa dilaporkan sangat serius terutama di Terengganu dan Kelantan dan beberapa negeri lain sedang membuat pemantauan secara agressif. Berkait dengan kepentingan industri kelapa sawit yang menjadi tunjang kepada ekonomi negara bagi sektor pertanian, pada masa ini terdapat keluasan Kelapa sawit (Elaeis guineensis) yang ditanam sekitar 5.48 juta hektar dengan jumlah nilai ekonomi yang dijana sehingga RM 63 bilion. Laporan juga penulis dapati industri tanaman kelapa sawit menggunakan sebanyak 79% tanah pertanian di Malaysia. Sementara itu kelapa (Cocos nucifera) merupakan tanaman ke 4 terpenting di Malaysia dengan keluasan kelapa direkodkan pada 2015 seluas 85,799 hektar dan memberi nilai ekonomi sebanyak RM 500 juta. Kehadiran kumbang dikenali 'RPW' diwartakan sebagai perosak berbahaya di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 oleh YB. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada Julai 2011 sebagai serangga merbahaya yang perlu dikawal. Perosak ini sangat berbahaya kepada tanaman palma atau dari keluarga Arecaceae. Semasa artikel ini ditulis kumbang RPW ini juga dilaporkan telah memusnahkan 465 ha tanaman kelapa di Terengganu (294 ha) dan di Kedah (171 ha) dan juga ia telah memusnahkan lebih 335 pokok kurma. Menteri Pertanian dan industri Asas Tani dijangka mengumumkan kempen kawalan kumbang RPW di Terengganu agar mereka yang terlibat dalam sektor ini tahu dan faham akan ancaman RPW dimasa akan datang. Jabatan Pertanian mensasarkan penhujung tahun 2016 tidak akan ujud lagi RPW atau pada paras terkawal. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kumbang RPW yang merbahaya dan perlu diketahui oleh semua.
Menurut pakar entomologi Jabatan Pertanian terdapat dua spesis yang didapati di negara kita. Kumbang RPW ini juga dikenali sebagai Kumbang Jalur Merah dengan nama saintifik sebagai Rhynchophorus vulneratus. Jenis ini adalah jenis yang kurang agresif menyerang dan menyebabkan kerosakan pada tanaman palma. Ia juga dikatakan sebagai jenis RPW tempatan yang memang telah ada dinegara kita semenjak dahulu. Jenis Kumbang Merah Palma kedua yang dikatakan 'dibawa masuk dari luarnegara' adalah dikenali dengan nama saintifik sebagai Rhynchophorus ferrugineus (Sila anda lihat foto disebelah). Jenis ini dikatakan sangat agresif dan menyebabkan kerosakan teruk pada tanaman palma terutama pada pokok kurma dan kelapa. Kumbang merah palma (Rhynchophorus ferrugineus) atau Red Palm Weevil (RPW) adalah sejenis kumbang behaya daripada keluarga Curculionidae (Coleoptera). Ia merupakan perosak utama bagi tanaman palma seperti kelapa, kelapa sawit dan kurma. RPW merupakan serangga perosak dalam kumpulan perosak yang menyerang pokok kelapa. Perosak ini mula dikesan buat pertama kali di kawasan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa di Kelantan pada Oktober 2005.
Simptom utama kerosakan akibat serangan RPW adalah pucuk akan menjadi layu, diikuti dengan daun-daunnya. Apabila serangan menjadi teruk, pucuk daun dan pelepah akan menunjukkan simptom kekuningan. Kadangkala kehadiran perosak ini dapat dikesan apabila aktiviti memakan di dalam pokok kelapa dapat didengar dari luar. Serangan peringkat akhir akan menyebabkan bahagian crown pokok kelapa patah dan mati. Kehadiran serangan RPW bermula di Rhu Tapai, Terengganu pada tahun 2010. Ia kemudiannya merebak ke lain-lain kawasan penanaman kelapa di Semenanjung Malaysia. Sehingga kini dilaporkan 294 hektar daripada 2,730 hektar kawasan kelapa telah musnah akibat serangan serangga ini. Tindakan pemantauan dan kawalan sedang dijalankan di semua negeri di Semenanjung Malaysia untuk membendung dan menghapuskannya. Langkah-langkah kawalan telah menunjukkan pengurangan serangan di beberapa kawasan. Bagaimanapun, penanaman kurma sebagai tanaman hiasan atau tanaman ladang secara komersial telah menjejaskan usaha-usaha Jabatan Pertanian kerana pokok ini adalah perumah utama yang menggalakkan pembiakan perosak ini dengan lebih cepat. Kehadiran RPW ke negara ini disyaki melalui kemasukan secara tidak sah pokok kurma yang dicemari oleh perosak ini. Penanaman pokok kurma sebagai pokok hiasan menggalakkan pembiakan perosak RPW di negara ini yang menjejaskan usaha-usaha Jabatan Pertanian dalam membendung dan menghapuskan perosak tersebut. Telur RPW ini mungkin membiak dengan baik di negara kita (Sila lihat foto telur RPW disebeleh).
Jabatan Pertanian giat menjalankan program pengesanan, pemantauan dan pengawalan perosak RPW tersebut menggunakan perangkap feromon sebelum memusnahkan kumbang merah palma yang telah diperangkap. Kini pelbagai kaedah kawalan perosak RPW dijalankan untuk memastikan populasinya tidak merebak ke kawasan yang bebas serangan RPW. Pelaksanaan program kawalan bersepadu perosak RPW bagi tanaman kelapa dan kurma dijalankan mengikut prinsip Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) yang mesra alam. Kaedah-kaedah kawalan RPW yang telah dijalankan oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian adalah seperti dengan (i) Kaedah mekanikal menggunakan perangkap feromon iaitu baldi plastik yang dipasang dengan feromon penarik kumbang diletakkan atau diikat pada pangkal batang pokok di kawasan serangan. Setiap dua minggu, perangkap akan diperiksa dan bilangan RPW yang terperangkap direkod dan dimusnah supaya populasinya dapat dikawal. (ii) Kaedah kultura yang menekankan kebersihan kawasan ladang untuk mengawal populasi RPW daripada merebak. (iii) Kaedah pemusnahan dengan membersih dan memusnahkan semua batang dan pelepah kelapa secara membakar atau menanam selepas ditebang bagi memusnahkan larva yang berada didalamnya (Sila lihat foto larva disebelah). (iv) Kaedah kuarantin dengan tidak membawa masuk bahan tanaman terutama pokok kurma dan pokok palma hiasan tanpa melalui prosedur kuarantin. (v) Kaedah kimia merupakan alternatif untuk menghapuskan RPW yang menyerang pokok. Racun serangga seperti cypermethrin bagi pokok yang rendah atau anak pokok manakala kaedah melembabkan tanah atau soil-drenching di sekeliling pangkal pokok dengan racun imidacloprid (0.1 peratus) dan suntikan batang (trunk-injection) dengan racun monocrotophos atau methamidophos bagi pokok yang tinggi.
Ketua Pengarah Jabatan Pertanian berkata, RPW telah diwartakan sebagai perosak berbahaya di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 pada Julai 2011 dan telah menguatkuasa akta tersebut bersama Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 untuk menghalang kemasukan pokok palma yang tidak sah. Beberapa tindakan pemantauan dan kawalan pada tanaman kelapa, kurma dan pokok palma hiasan telah dijalankan oleh Jabatan Pertanian di seluruh Semenanjung Malaysia untuk membendung, mengawal dan menghapuskan perosak RPW. Langkah-langkah kawalan telah menunjukkan pengurangan serangan di beberapa kawasan. Namun begitu, kemasukan secara tidak sah kurma sebagai tanaman hiasan dan komersial boleh menjejaskan usaha jabatan berkenaan kerana pokok tersebut adalah perumah utama RPW dan ditakuti akan membawa masuk sekali dengan perosak itu. Kaedah pemusnahan iaitu dengan membersihkan dan memusnahkan semua batang pelepah kelapa secara membakar atau menanam selepas ditebang. Kemudian kaedah kuarantin pula dengan tidak membawa masuk bahan tanaman terutama pokok kurma dan pokok palma hiasan tanpa melalui prosedur kuarantin. Akhir sekali kaedah kimia iaitu alternatif untuk menghapuskan RPW yang menyerang pokok menggunakan racun serangga seperti cypermethrin bagi pokok rendah atau anak pokok, kaedah soil-drenching di sekeliling pangkal pokok dengan racun imidacloprid (0.1%) dan kaedah suntikan batang dengan racun monocrotophos atau methamidhopos bagi pokok tinggi. Selaras dengan pewartaan yang telah dilakukan, Prosedur Operasi Standard (SOP) juga disediakan dengan tujuan menjadi panduan kepada pegawai dan pekerja dalam industri tanaman palma untuk mengesan kehadiran perosak, menghalangnya daripada merebak serta menjalankan kerja-kerja kawalan dan pemantauan. Kempen Membendung, Mengawal dan Menghapus RPW juga akan diadakan apabila ia melibatkan aktiviti hebahan kepada orang ramai selain mengadakan aktiviti kawalan secara berterusan dengan kerjasama jabatan dan agensi berkaitan. Wasallam!...
KUMBANG RPW... BANYAK WARNA...
CORAK BERBEZA...SERANGAN SAMA...
MULA MEREBAK...DARI POKOK KURMA...
KINI MENYERANG.. POKOK KELAPA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bilik Mesyuarat, Aras 2,
Bahagian Biosekiiriti,
Wisma Tani, Jabatan Pertanian,
Jalan Sultan Salahuddin,
Kuala Lumpur, Malaysia.
(28 Rejab 1437H)