Tampilkan postingan dengan label POKOK KAYU JATI. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label POKOK KAYU JATI. Tampilkan semua postingan

POKOK KAYU JATI (PART 3)

POKOK KAYU JATI (Tectona grandis) merupakan sejenis pokok sangat berkualiti untuk digunakan membuat rumah, perabut dan produk lain berasaskan kayu keras. Pokok dari keluarga Lamiaceae (nama macam model telefon bimbit penulis iaitu Model Nokia Lumia 960 yang berasaskan kepada Windows 7). Pokok jati adalah sejenis pokok yang mampu menghasilkan kayu bermutu tinggi. Pokok yang akan membesar selalu berbatang lurus dan dapat tumbuh hingga mencapai setinggi 30-40 meter. Penulis semasa melawat Muyanmar, Laos PDR dan Vietnam berpeluang melihat pokok kayu jati yang ditanam ditengah-tengah bandar dengan saiz besar dan menjadi tanaman ornamental. Paling ketara di Bandar Saigon (Ho Chi Minh City) dan Bandar Vientiane, Laos yang mana ditanam disepanjang jalan dan disekeliling hotel penginapan penulis. Pokok kayu jati mudah dikenali dengan ia mempunyai daun besar dimana ia akan luruh di musim kemarau. Kayu Jati dikenal dunia dengan nama Teak Wood (bahasa Inggris) atau Kayu Jati (Bahasa Melayu). Nama pokok ini berasal dari bahasa Malayalam iaitu 'Katathekku' dalam bahasa Malayalam yang terletak diKerala di India Selatan. Pokok Jati sesuai tumbuh dikawasan dengan curahan hujan antara 1,500 - 2,000 mm/tahun dan suhu diantara 27-36 °C sama ada di dataran tanah rendah mahu pun didataran tanah tinggi. Tempat yang paling baik untuk pertumbuhan pokok jati adalah pada tanah dengan pH 4.5-7.0 dan tidak mudah banjir. Uniknya pokok ini adala ia memiliki daun berbentuk elips yang lebar dan dapat mencapai ukuran sebesar 30-60 cm semasa pokok telah mencapai peringkat dewasa. Artikel tengahari hari Selasa sempena cuti Hari Raya Aidilfitri ke 7 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok dan kayu jati berdasarkan bahan rujukan dan pengalaman penulis dalam lawatan ke negara seperti Myanmar, Laos PDR, Vietnam, Indonesia, Chiang Rai di Thailand dan China.

Kayu jati merupakan kayu kelas satu mengikut pengkelasan kerana faktur kekuatan, ketahanan dan keindahannya. Secara teknikal kayu jati memiliki kelas kekuatan Kelas I dan kelas ketahanan juga Kelas I. Kayu ini sangat tahan terhadap serangan daripada Anai-anai (Termites). Kayu teras dari pokok jati berwarna coklat muda, coklat kelabu hingga coklat merah tua. Kayu gubal iaitu di bagian luar selalu berwarna putih dan kelabu kekuningan (Sila lihat foto disebelah). Meskipun keras dan kuat selalunya kayu jati mudah dipotong dan mudah untuk dikerjakan sehingga pembuat perabou suka untuk membuat ukir-ukiran. Kayu yang digosok halus memiliki permukaan yang licin dan seperti berminyak. Pola-pola atau corak lingkaran tahun pada kayu teras nampak jelas dimana ini akan menghasilkan rekabentuk lakaran yang indah. Oleh kerana ada kehalusan tekstur dan keindahan warna pada kayunya maka kayu jati digolongkan sebagai kayu mewah. Kayu jati banyak diproses menjadi perabut ditaman, perabut interior, produk ukiran, kayu panel dan dijadikan anak tangga yang berkelas tinggi dirumah mewah. Rumah penulis pun ada menggunakan 2 batang beruti dipercayai kayu jati yang terletak di Melaka. Menurut kontraktor yang memasang tangga kalau tidak jati itu adalah kayu chengal. Tidak pasti. Walau pun kayu jati relatifnya mudah diolah bagaimana pun kayu ini terkenal sangat kuat dan tahan lama (awet). Kayu jati juga tidak mudah berubah bentuk oleh perubahan cuaca. Kayu jati digunakan juga sebagai bahan membuat dock di pelabuhan, kaly alas rel keretapi, jambatan, membuat kapal laut dan kapal perang. Tukang kayu di Eropah pada abad ke-19 dikatakan akanmeminta upah tambahan jika diminta memnyediakan produk dari kayu jati. 

Dari segi kegunaan pula pokok jati dilaporkan pada abad ke-17 masyarakat Sulawesi Selatan menggunakan akar jati sebagai penghasil pewarna kuning dan kuning coklat semulajadi untuk barang anyaman mereka. Di laporkan di Jawa Timur, masyarakat Pulau Bawean pula mereka menyeduh daun jati untuk menghasilkan bahan pewarna coklat merah semhulajadi. Orang Pulau Madura pula dikatakan mencampurkan tumbukan daun jati dengan asam jawa bertujuan untuk merawat penyakit kolera pada masa dahulu dengan meminum rendaman air kayu dan daun jati yang pahit sebagai penawar sakit. Walau pun kayu jati dari Myanmar didakwa lebih kuat dibandingkan jati Indonsia (Khususnya dari Pulau Jawa) tetapi kayu Jati Jawa menjadi pilihan orang Malaysia. Ini kerana tekstur kayu jati jawa lebih halus dan kayunya lebih kuat. Produk-produk perabut eksport kayu jati Indonesia amat terkenal di Asia Tenggara dan seluruh dunia kerana kualiti ukiran dan keindahannya. Penulis pun mempunyai banyak set peraut kayu jati dari negara jiran ini semasa bertugas di Sarawak dahulu.


Penggunaan kayu jati sebagai kayu untuk dijadikan struktur rumah dan perabut memang ketara. Kayu jati mengandungi bahan seakan minyak dan mendapan di dalam sel-sel kayunya dimana minyak ini membolehkan kayu jati tahan lama di tempat terbuka meski tanpa disapu Varnis apalagi bila diletakkan di bawah naungan atap. Kayu jati tahan lasak sehingga ia digunakan sebagai bahan utama pembuatan kapal laut termasuk kapal-kapal zaman Belanda (VOC) yang belayar dilautan pada abad ke-17. Kayu jati juga digunakan dalam pembinaan jembatan dan kayu asas rel keretapi (Sila lihat foto disebelah). Di dalam rumah kayu jati digunakan selain daripada perabot ia juga digunakan pula dalam struktur bangunan. Rumah-rumah tradisional di Jawa seperti ada yang menggunakan kayu jati pada hampir semua bahagiannya dari tiang utama, rangka atap sehingga kepada dinding yang diukir. Kini dalam industri kayu didapati kayu jati dijadikan 'veneer' untuk dilapiskan agar permukaan kayu lapis menjadi cantik dan dijual mahal dan terkini dijadikan kepingan jubin untuk dijadikan lantai. Dikawasan hutan kayu jati ranting dan dahan yang tidak digunakan dijadikan bahan bakar kayu api yang menjadi kelas satu. Ini kerana dahan kayu jati menghasilkan suhu panas yang tinggi dimana dahulu ia pernah digunakan bahan bakar lokomotif keretapi. Apa pun perabut yang dibuat dari kayu jati berukir memang mahal harganya dan mendapat permintaan tinggi dipasaran domestik dan antarabangsa. Pelbagai jenis perabut dibuat dari kayu jati yang memang tahan lama, cantik dan ekslusif serta menarik. Semuga artikel 3 siri ini memberi info berguna kepada pembaca semua!. Wasallam!!!


POKOK JATI... POPULAR NAMANYA...
JATI MYANMAR...TINGGI KUALITINYA...
DILEBUHRAYA PLUS...BANYAKNYA...
PERABUT JATI... MAHAL HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(7 Syawal 1437H)

POKOK KAYU JATI (PART 1)

POKOK KAYU JATI (Tectona grandis) merupakan sejenis pokok sangat berkualiti untuk digunakan membuat rumah, perabut dan produk lain berasaskan kayu keras. Pokok dari keluarga Lamiaceae (nama macam model telefon bimbit penulis iaitu Model Nokia Lumia 960 yang berasaskan kepada Windows 7). Pokok jati adalah sejenis pokok yang mampu menghasilkan kayu bermutu tinggi. Pokok yang akan membesar selalu berbatang lurus dan dapat tumbuh hingga mencapai setinggi 30-40 meter. Penulis semasa melawat Muyanmar, Laos PDR dan Vietnam berpeluang melihat pokok kayu jati yang ditanam ditengah-tengah bandar dengan saiz besar dan menjadi tanaman ornamental. Paling ketara di Bandar Saigon (Ho Chi Minh City) dan Bandar Vientiane, Laos yang mana ditanam disepanjang jalan dan disekeliling hotel penginapan penulis. Pokok kayu jati mudah dikenali dengan ia mempunyai daun besar dimana ia akan luruh di musim kemarau. Kayu Jati dikenal dunia dengan nama Teak Wood (bahasa Inggris) atau Kayu Jati (Bahasa Melayu). Nama pokok ini berasal dari bahasa Malayalam iaitu 'Katathekku' dalam bahasa Malayalam yang terletak diKerala di India Selatan.  Pokok Jati sesuai tumbuh dikawasan dengan curahan hujan antara 1,500 - 2,000 mm/tahun dan suhu diantara 27-36 °C sama ada di dataran tanah rendah mahu pun didataran tanah tinggi. Tempat yang paling baik untuk pertumbuhan pokok jati adalah pada tanah dengan pH 4.5-7.0 dan tidak mudah banjir. Uniknya pokok ini adala ia memiliki daun berbentuk elips yang lebar dan dapat mencapai ukuran sebesar 30-60 cm semasa pokok telah mencapai peringkat dewasa. Artikel tengahari hari Selasa sempena cuti Hari Raya Aidilfitri ke 7 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok dan kayu jati berdasarkan bahan rujukan dan pengalaman penulis dalam lawatan kenegara Myanmar, Laos, Vietnam, Chiang Rai di Thailand dan China.

Pokok Jati sifatnya mempunyai pertumbuhan yang lambat dengan kadar tumbuh benih (germination process) rendah dimana ia biasanya kurang dari 50% sahaja.  Masaalah utama penanaman pokok jati adalah untuk mendapatkan benih yang berkualiti kerana untuk mendapatkan benih secara semulajadi memang amat sukar. Dalam keadaan hutan semulajadi memang bekalan terus berkurangan akibat jangkamasa amat lama untuk pokok tersebut ditebang. Kini usaha menanam secara komersil dilakukan dibeberapa negara terlibat dengan kombinasi dengan beberapa tanaman komersil lain. Semasa di Chiang Mai, utara Thailand penulis melawat hutan pokok kayu jati yang ditanam bersama dengan pokok Kacang Macademia (Macademia intergrifolia) sebagai tanaman selingan (Sila klik disini). Ada juga petani kaum Karen di Doi Chaang yang menanam kopi Robusta dan Kopi Arabica secara organik dengan pokok Jati. Dari segi bahan tanaman secara konvensional ia boleh disediakan dengan menggunakan biji. Bagaimana pun untuk mendapatkan biji benih dari pokok jati agak berkurangan dalam musim tertentu kerana tidak mencukupi untuk disemai. Biji pokok jati menjadi terhad disebabkan adanya lapisan luar biji yang keras. Beberapa alternatif lain telah dilakukan untuk mengatasi lapisan ini seperti merendam biji dalam air atau juga panaskan biji dengan api kecil atau pasir panas atau merendam dalam asid atau gunakan mikrob. Bagaimana pun kejayaan tersebut masih belum optima lagi untuk anak benih pokok jati dalam masa yang cepat dan jumlah yang banyak.

Selain itu masaalah menyediakan anak benih pokok jati juga agak sukar. Ini kerana selalunya anakbenih jati yang sedang disemai mudah diserang (rentan) terhadap beberapa penyakit antara lain seperti Penyakit Leaf Spot Disease yang mana serangan ini disebabkan oleh Kulat seperti jenis Phomopsis sp., Colletotrichum gloeosporioides, Alternaria sp. dan Curvularia sp.. Penyakit lain menyerang adalah Penyakit Karat Daun (Leaf Rust) yang disebabkan oleh kulat Olivea tectonea. Seterusnya adalah serangan pleh Penyakit Kulapuk Berdebu atau Powdery mildew yang disebabkan oleh kulat dari jenis Uncinula tectonae. Dalam pada itu direkodkan iaitu kulay jenis Phomopsis sp. merupakan kulat paling sering menyebabkan serangan dimana kadang-kadang sehingga sebanyak 95% anakbenih terkena infeksi seperti dilaporkan pada tahun 1993-1994 menyebabkan industri ini lumpuh dibeberapa negara. Serangan kulat ini terjadi pada anak benih jati dalam semaian yang berumur 2-8 bulan. Antara tanda serangan adalah adanya tanda necrosis berwarna coklat muda pada tepi lai daun yang kemudian secara berperingkat terus menyebar ke pelepah. Seterusnya kesan serangan menyebar ke bahagian atas daun, petiol dan juga hujung batang yang mengakibatkan bahagian daun dari batang tersebut mengalami kekeringan. Jika tidak disedari dan tidak dikawal makaserangan dari kulat Phomopsis sp. akan menyebar sampai ke seluruh simpanan anakbenih dalam tapak semaian sehingga proses penanaman jati tidak boleh dilakukan. Proses penanaman dan penjagaan pokok kayu jati sama dengan amalan agronomi pokok hutan lain dimana ia perlu dibaja, kawal rumpai dan kawalan musuh dan penyakit tetapi masa untuk menuai adalah lama. Artikel ini bersambung pada Part 2 dan Part 3. Wasallam!!..
POKOK JATI... POPULAR NAMANYA...
NEGARA MYANMAR...ASASL USULNYA...
DILEBUHRAYA PLUS...BANYAKNYA...
PERABUT JATI... MAHAL HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(7 Syawal 1437H)

POKOK KAYU JATI (PART 2)

POKOK KAYU JATI (Tectona grandis) merupakan sejenis pokok sangat berkualiti untuk digunakan membuat rumah, perabut dan produk lain berasaskan kayu keras. Pokok dari keluarga Lamiaceae (nama macam model telefon bimbit penulis iaitu Model Nokia Lumia 960 yang berasaskan kepada Windows 7). Pokok jati adalah sejenis pokok yang mampu menghasilkan kayu bermutu tinggi. Pokok yang akan membesar selalu berbatang lurus dan dapat tumbuh hingga mencapai setinggi 30-40 meter. Penulis semasa melawat Muyanmar, Laos PDR dan Vietnam berpeluang melihat pokok kayu jati yang ditanam ditengah-tengah bandar dengan saiz besar dan menjadi tanaman ornamental. Paling ketara di Bandar Saigon (Ho Chi Minh City) dan Bandar Vientiane, Laos yang mana ditanam disepanjang jalan dan disekeliling hotel penginapan penulis. Pokok kayu jati mudah dikenali dengan ia mempunyai daun besar dimana ia akan luruh di musim kemarau. Kayu Jati dikenal dunia dengan nama Teak Wood (bahasa Inggris) atau Kayu Jati (Bahasa Melayu). Nama pokok ini berasal dari bahasa Malayalam iaitu 'Katathekku' dalam bahasa Malayalam yang terletak diKerala di India Selatan. Pokok Jati sesuai tumbuh dikawasan dengan curahan hujan antara 1,500 - 2,000 mm/tahun dan suhu diantara 27-36 °C sama ada di dataran tanah rendah mahu pun didataran tanah tinggi. Tempat yang paling baik untuk pertumbuhan pokok jati adalah pada tanah dengan pH 4.5-7.0 dan tidak mudah banjir. Uniknya pokok ini adala ia memiliki daun berbentuk elips yang lebar dan dapat mencapai ukuran sebesar 30-60 cm semasa pokok telah mencapai peringkat dewasa. Artikel tengahari hari Selasa sempena cuti Hari Raya Aidilfitri ke 7 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok dan kayu jati berdasarkan bahan rujukan dan pengalaman penulis dalam lawatan kenegara Myanmar, Laos, Vietnam, Chiang Rai di Thailand dan China.


Pokok Kayu Jati merupakan jenis pokok yang besar dan tinggi (Sila lihat foto di sebelah) dengan batang yang bulat lurus dan tinggi mencecah sehingga 40 meter. Batangnya bagi pokok dewasa kurang dahan atau cabang (clear bole) dan dapat mencapai 18-20 meter. Dihutan-hutan semulajadiyang tidak dikelola sepokok kayu jati ada juga yang mempunyai batang berbengkok. Sementara berlaku kayu jati yang juga memiliki batang yang berlekuk atau beralur dalam (Kosong ditengahnya) dipanggil sebagai jati macam batang buloh ada didapati seakan berbuku-buku. Kulit batang berwarna coklat kuning kelabu dan berpecah-pecah dangkal dalam alur memanjang batang. Pohon jati (Tectona grandis sp.) selalunya akan sesuai tumbuh membesar jadi pokok balak dalam masa selama ratusan tahun dengan ketinggian 40-45 meter dan diameter 1.8 - 2.4 meter. Bagaimana pun selalunya pokok akan mencapai ketinggian sekitar hanya ketinggian 9 -11 meter dengan diameter 0,9-1,5 meter sebelum ianya dikatakan sesuai ditebang dalam perladangan secara komersil. Pohon jati yang dianggap baik adalah pokok yang bergaris lingkaran besar, berbatang lurus dengan sedikit dahannya. Kayu jati terbaik biasanya berasal daripada pokok yang berumur lebih daripada 80 tahun. Pada masa ini kayunya sudah padat, keras dan juga harga yang tinggi dipasaran. Kalau sesiapa berumur 30 tahun baru hendak menanam pokok jati berkemungkinan beliau tidak sempat menuai pokok tersebut 80 tahun kemudian.


Pokok jati mudah dikenali kerana ia mempunyai daun yang bersaiz  besar.  Berbentuk bulat telur terbalik serta ia selalu berhadapan dengan tangkai daun yang sangat pendek (Sila lihat foto disebelah). Daun pada pokok muda juga akan kelihatan bersaiz besar iaitu sekitar 60-70 cm panjang dan 80-100 cm lebar. Pokok jati dewasa pula mempunyai saiz daun tua yang menyusut saiznya menjadi sekitar 15-20 cm panjang sahaja. Daunnya selalu berbulu halus dan mempunyai rambut kelenjar di permukaan bawahnya. Daun yang muda berwarna kemerahan dan ia kan mengeluarkan getah berwarna merah darah apabila diramas dengan tangan. Ranting yang muda batangnya berbentuk empat segi dan berbonggol di buku-bukunya. Pokok jati akan mengeluarkan bunga dari jenis bunga majmuk dan terletak dalam jambak besar berukuran sekitar 40 cm × 40 cm atau lebih besar lagi. Setiap jambak bunga mempunyai beratus kuntum bunga tersusun. Biasanya bunga akan keluar dari hujung ranting yang terletak jauh diatas puncak pokok. Pokok Jati menghasilkan buah yang berbentuk bulat agak leper berukuran sekitar 0.5 - 2.5 cm dan mempunyai rambut kasar dengan inti tebal dengan ada berbiji 2-4 jumlahnya tetapi selalunya hanya satu saja yang tumbuh. 


Kajian menunjukkan pokok jati paling banyak terdapat di Asia. Selain daripada empat negara asal pokok jati dinyaatakan kini pokok ini ada diIndonesia. Tanaman jati telah dikembangkan sebagai hutan tanaman di Sri Langka (sejak 1680), China (awal abad ke-19), Bangladesh (tahun 1871), Vietnam (awal abad ke-20) dan negara kita iaitu Malaysia pada tahun 1909. Penanaman pokok jati mula dikenali orang ramai apabila Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menanam beribu-ribu pokok jati disepanjang jalan lebuhraya terpanjang ini. Asasnya iklim yang sesuai adalah yang negara yang memiliki musim kering yang nyata namun tidak terlalu panjang dengan curah hujan antara 1,200-3,000 mm setahun dan dengan intensiti cahaya yang cukup tinggi sepanjang tahun. Ketinggian tanah untuk pertumbuhan yang optima adalah diantara 0-700 m dari paras laut walau pun sebenarnya pokok jati boleh tumbuh hingga pada tahap ketinggian 1,300 m atas paras laut. Dibeberapa negara dilaporkan pokok jati yang sering terbakar akibat kemarau masih bertahan sehinggakan ada kalanya hanya kelihatan pokok tersebut yang 'survive'. Ini kerana pokok jati termasuk spesies hebat yang tahan kebakaran disebabkan ia juga mempunyai kulit kayunya tebal. Lagi pun dilaporkan buah jati mempunyai kulit tebal dan tempurung yang keras dimana jika terbakar hutan pun embyro biji jati tidak rosak. Kerosakan tempurung biji jati pula akan memudahkan tunas biji jati untuk keluar pada musim hujan tiba. Dalam kes lain daun jati yang lebar dan gugur menyebabkan pokok lain tumbuh dengan baik. Daun-daun kering jati ini juga yang mungkin memudahkan berlaku kebakaran hutan imusim kemarau. ini membolehkan pokok jati akan dominan dalam satu kawasan hutan semulajadi. Artikel ini bersambung pada Part 1 dan Part 3 untuk dibaca. Wasallam!!!...
POKOK JATI... POPULAR NAMANYA...
NEGARA MYANMAR...ASASL USULNYA...
DILEBUHRAYA PLUS...BANYAKNYA...
PERABUT JATI... MAHAL HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(7 Syawal 1437H)